Melalui projek ini, beberapa program dan aktiviti kemasyarakatan telah dirangka khas bagi menjayakan objektif dalam melestarikan hutan paya bakau. Antara objektif program dan aktiviti yang dijalankan adalah untuk membantu penduduk memahami kepentingan hutan paya bakau dan perananya dalam ekosistem di daerah Bagan Datuk. Selain itu, penduduk setempat juga didedahkan dengan kaedah memelihara dan membantu memulihara hutan paya bakau termasuk proses dan cara melaporkan sebarang kerosakkan terhadap hutan paya bakau Diharapkan selepas projek ini dijalankan penduduk di Bagan Datuk dapat meneruskan aktiviti memelihara dan memulihara sendiri hutan paya bakau di daerah ini.

Program yang disenaraikan merupakan program yang akan membantu melestarikan hutan paya bakau di daerah Bagan Datuk. Bermula dengan program menyantuni pemimpin masyarakat di daerah Bagan Datuk yang mana mereka ini merupakan kunci utama dalam mendekati masyarakat di kawasan tersebut. Hal ini akan diperkembangkan kepada golongan masyarakat lain tanpa mengira latar belakang. Program ini akan berterusan sehingga tamatnya projek ini memandangkan sokongan dari masyarakat Bagan Datuk merupakan kunci utama kejayaan projek kemasyarakatan ini.

Antara program yang dijalankan adalah:

Program Keterangan
“Back to School” Program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Namun demikian, untuk selari dengan objektif keseluruhan projek ini, program “Back to School” Bagan Datuk, YKMAM akan memberi bantuan untuk menubuhkan dan merancakkan kegiatan Kelab Alam Sekitar atau Kelab Sains Pertanian di  sekolah yang terpilih di daerah Bagan Datuk.
“We Aware” Sebuah program berbentuk penyampaian maklumat secara teori dan praktikal yang mana akan melibatkan pelbagai peringkat masyarakat di daerah Bagan Datuk. Kempen ini akan memberi peluang kepada pihak penganjur (YKMAM dan FRIM) untuk menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan projek ini, penglibatan serta impak projek ini kepada daerah Bagan Datuk.
Bakau Ranger’s Community Satu kelab yang ditubuhkan dan dianggotai oleh para pelajar dari sekolah yang menerima manfaat program ‘back to school’. Latihan berbentuk teori dan amali akan diberikan untuk membolehkan pelajar ini turut serta dalam menjalankan aktiviti pemiliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau di daerah tersebut. Guru pengiring juga akan terlibat secara tidak langsung dalam menjayakan usaha ini. Bakau Ranger’s Community.
Fast 2 Feed Salah satu program tahunan bagi YKMAM. Program ini merupakan program iftar bersama masyarakat tempatan yang mana terdiri daripada pelbagai lapisan umur di kawasan yang terpilih. Selain jamuan berbuka puasa, sumbangan berupaya duit raya dan pek makanan asas kepada keluarga yang kurang berkemampuan juga akan dilaksanakan.