Mengenali dan menerangkan program dan projek keseluruhan kepada masyarakat di Bagan Datuk.

Beberapa perjumpaan telah diadakan antara pihak YKMAM dan pemegang taruh yang berkaitan dengan projek ini termasuklah pihak pejabat daerah, penghulu dan masyarakat sekitar. Perjumpaan secara formal dan tidak formal ini amat penting untuk menjelaskan keperluan mereka untuk terlibat sama memainkan peranan bagi memastikan projek ini berjaya dan berpanjangan manfaatnya.