12 Mac 2021 – Ketua Pengarah FRIM, Dr Khali Aziz Hamzah telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Germplasma Warisan Hutan Bakau Bagan Datuk untuk memantau keadaan di situ.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Dr Ismail Parlan dan Ketua Projek Germplasma Warisan Hutan Bakau Bagan Datuk, Tariq Mubarak Husin. Lawatan ini juga disertai wakil daripada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Puan Habsah Marjuni.
Ismail menyerahkan buku bertajuk, ‘Sosioekonomi Komuniti Hutan Bakau Dan Pesisir Pantai Bagan Datuk, Perak’ kepada KP FRIM. Buku ini merupakan salah satu hasil daripada Projek Germplasma Warisan Hutan Bakau Bagan Datuk.
Semasa lawatan, Khali Aziz menanam anak pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata). Sebanyak 50 anak pokok termasuk tumu putih (Bruguiera sexangula), tengar (Ceriops tagal) dan nyireh bunga
(Xylocarpus granatum) berjaya ditanam sempena lawatan ini bagi menyokong usaha Program Penghijauan Malaysia.