Pteroptyx asymmetria male

Kelip-kelip merupakan serangga unik kerana mengeluarkan cahaya dari hujung abdomennya. Di Germplasma Bagan Datuk, tiga spesies didapati berkumpul (congregate) pada pokok-pokok bakau yang merupakan pokok peragaan di sepanjang benteng (bund) dan satu spesies lagi didapati terbang secara bersendirian (solitary) di kedua-dua blok kajian. Spesies solitary turut dikenali sebagai kunang-kunang. Umumnya, orang ramai mengaitkan kelip-kelip dengan aktiviti pelancongan menyusuri sungai menaiki bot, namun, di Germplasma ini, cahaya kelipan kumbang kecil ini dapat dinikmati di atas jalan bund. Keperluan habitat kelip-kelip sebenarnya tidak hanya bergantung kepada pokok peragaan, tetapi merangkumi kawasan yang luas di sebalik pokok peragaan untuk peringkat awal iaitu telur, larva dan pupa serta siput yang merupakan sumber makanan larva kelip-kelip. Oleh itu, sebarang perubahan pada ekosistem ini akan memberi kesan kepada populasi kelip-kelip.

Tinjauan awal taburan kelip-kelip