Selain daripada pelbagai projek pembangunan fizikal serta sosio-ekonomi sedang dijalankan di daerah Bagan Datuk, projek melestarikan alam sekitar juga turut perlu diberikan perhatian bagi mengekalkan keseimbangan di antara pembangunan fizikal, pembangunan sumber manusia dan kelestarian alam di daerah ini.  Berikutan itu, program yang bersesuaian perlu dilaksanakan dalam memastikan keseimbangan ini dapat diwujudkan.

Pendidikan masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terutamanya hutan paya bakau adalah penting berikutan terdapat ancaman terhadap tanaman tersebut akibat dari projek pembangunan.

FRIM bersama YKMAM telah berganding bahu menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan hutan bakau yang juga turut melibatkan penduduk setempat di Bagan Datuk. Oleh itu, satu Pusat Penyelidikan Bakau dan Pusat Pendidikan Bakau telah ditubuhkan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak projek.