Hutan paya bakau merupakan hutan yang produktif dan menjadi habitat kepada pelbagai spesies fauna darat dan marin. Bagaimanapun ia sering terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman yang disebabkan oleh aktiviti manusia dan juga proses semula jadi seperti hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku di persekitarannya. Ini menyebabkan kawasan yang mempunyai dirian hutan bakau musnah dan keluasannya menjadi semakin mengecil. Bagi memeta dan mengukur perubahan keluasan kawasan hutan bakau di kawasan Bagan Datuk, beberapa siri data satelit penderiaan jauh terdiri daripada Landsat TM, ETM+, OLI dan SPOT-6 akan digunakan. Di samping itu juga, data satelit beresolusi tinggi, iaitu WorldView-3 juga digunakan untuk pemetaan kawasan dirian bakau secara terperinci di Bagan Datuk.

Peta kawasan pusat germplasma