22 Disember 2020: Perak Greenprint – Program Penanaman Pokok Bakau anjuran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) telah diadakan sempena Sambutan Hari Lanskap Negara 2020 Peringkat Negeri Perak. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Shahrul Zaman Bin Yahya (Adun Rungkup). Penanaman telah dijalankan di Blok A Germplasma dengan sebanyak 100 anak pokok bakau telah ditanam pada hari tersebut.