21 Disember 2020: Satu aktiviti penanaman anak pokok bakau yang telah dihadiri oleh ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek telah diadakan di dalam kawasan Blok A Germplasma. Aktiviti ini dijalankan bersempena dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Bertemakan “Pokok Kita, Kehidupan Kita”, kempen ini menyasarkan penanaman 100 juta pokok di Malaysia bagi tempoh 2021-2025. Pihak projek telah mengambil kesempatan untuk merakamkan aktiviti penanaman sebagai tanda sokongan kepada kempen ini. YBhg. Dato’ Dr Marzalina Mansor (Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan FRIM) telah menanam anak pokok tengar (Ceriops tagal) pada hari tersebut. Turut bersama – sama menanam pokok, En. Muhammad Amin Safie (Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk) dan En. Khairul Naim Yaakub (Jabatan Perhutanan Negeri Perak) serta ahli-ahli projek yang turut hadir.